Follow me @MissQaaa .. 16 y/o girl , stay Taiping
Selamat menyambut Tahu Baru , 2013 dah datang dan tak wujud kan kiamat . Orang Barat je gilaa buat takdir sendiri , tengok sekarang kita hidup lagi . Alhamdulilah , semoga tahun ini lebih baik  dari tahun lepas . Aminnn . Inilah orang orang yang excited sambut New Year , seronok dorang termasuk akulah , Haha..

Saja nak tunjuk betapa tak beradabnye orang melayu zaman sekarang , macam dah tiada soalan lain sampai nak kata aku tiada dara..Dorang ni berani sebab aku takkan tahu dorang siapa , bagi aku takpaa . Dorang terlepas , kalau dapat memang silap orang lah . Manners is important bitch

Dari tahun ke tahun.... Aku tengok ramai yang makin berani tampil dengan imej seksi.... Bergambar dengan pakaian seksi giler sampai tok imam pun tak tahan menahan godaan gambar si gadis tu... Bukan saje tok imam.... Fotografer tu pun dah cover-cover seluar jeansnya takut terkantoi!...Yang dalam laman sosial pun boleh tahan.... Gambar yang di upload tu.... Pergh..... Mengancam jiwa setiap insan yang bergelar lelaki.... Yang bertudung pun sama jugak....Buat muka cute comel-comel jer.... Apa kelebihan seksi?

Jangan menyiibuk? Jangan tengok kalau tak suka? Jangan jaga tepi kain orang? Ermm... Masalahnya kat dalam laman sosial macam Facebook nie... Segala apa yang korang upload...dan dikomen...Akan keluar dekat wall kan... Tak nak tengok pun mesti tertengok jugakgambar seksi tu... Kalau yang kat luar pulak....Dah korang lalu lalang depan kitorang... Ibarat citer wayang ditawarkan free tak payah beli tiket.... Sape yang tak nak tengok?? Dan salah ke kalau tengok kalau korang yang bagi tunjuk? :D


                   Dulu....ada larangan dan etika berpakaian kalau nak disiarkan dalam akhbar atau majalah.... Sekarang.... Aku tengok dah macam majalah omputeh dah...Macam majalah porno pun mungkin tak keterlaluan kot...Model-model yang takde agama tu.... Takkan masyarakat kita lagi-lagi Melayu nak berpakaian seksi macam tu jugak? Bila ditanya...mengaku Islam.. bila ditegur.... melenting....bila dikata kapiaq mula la marah sampai keluar hadis-hadis dan ayat Quran (pandai belit)....Peminat dan penyokong pun mengangguk dungu.. Mula cakap jangan tuduh sebarangan....Tapi benda simple TUTUP AURAT tak nak pulak nak folo....... Padahal itu adalah suruhan agama.... WAJIB diikuti... Melanggar suruhan agama dianggap tergolong dalam golongan menidakkan suruhan-Nya.... Apa nama golongan tu???? Kenapa nak marah......:D

Ibarat orang kata... Nak jadi golongan yang wangi....kena mandi... kalau tak mandi.... golongan busuk... Pasal mandi jer...yang lain biar dulu...tapi sendiri tak mau mandi.... Bila suruh mandi... Tak mau... sebab nak bebas (Bagi la alasan itu ini)... Sebab omputeh pun jarang mandi (konon-kononnya...sebab nak tiru punye pasal...moden katakan!) Pastu bila orang cakap busuk...hanyir...masam! marah la pulak.... Mula la cakap jangan tuduh bukan-bukan.... Pada hal memang dia tak mandi sejak dulu lagi!! Nampak? Guna word mandi lebih nampak kot dari perkataan TUTUP AURAT... Pakai seksi-seksi depan-depan...Terang-terang tak TUTUP AURAT...terang-terang dah langgar suruhan agama.... hihihi...kelakar pulak aku rasa..... Tapi kenapa depa tak nampak benda simple gini??? Terlepas pandang kot...... ha ha ha...


Apa kelebihan seksi?? Seronok ker bagi orang tengok badan korang tu? Seronok ke tengok si lelaki-lelaki terasa ghairah dan tergoda sebab keseksian korang? Seronok ek?? Sekali kenarogol baru tau seronok ke tak kan..... Sekali gambar seksi korang dan poster-poster tu menjadi mangsa "rogol" lelaki dalam bilik baru seronok kan... Free-free dosa dapat kat korang.... Tu kalau seorang....kalau beratus orang? Dah la pakai seksi tu pun dah dapat.... Lelaki "merogol" korang dalam khayalan tu pun korang dapat jugak tau! bertimpa-timpa dosa korang dapat free-free.... Tak kisah pasal dosa sebab tak merasa...tak nampak?? Tengok kehidupan korang je la.... tenang ke tak tenang... Hidup mendapat keberkatan akan tenang dan bahagia walaupun tidak mewah... Hidup tak berkat.... Rasa macam adaaa je tak cukup dan tak tenang walaupun duit bertimbun sama tinggi dengan bukit.... Cuba ingat balik sat...

Bangga dengan tubuh badan yang cantik? Ermm.... Sekali bagi parut...baru nak cover kan... Sekali kena cabul.... Mula la marah kat si pencabul kan.... Salah sape ek? Memang patut berbangga....tapi salah cara tu... Kalau korang berbangga dengan tubuh badan korang.... patut hanya dibagi tengok kepada manusia terpilih sahaja.... Sangat murah harga tubuh badan korang kalau ditayangkan kepada SEMUA MANUSIA tak kira penagih atau penyangak... Pada hal harga diri tubuh badan korang hanya boleh disaksikan oleh si suami sahaja.... Orang lain tak boleh tengok walaupun dibayar sejuta trillion USD sekalipun!!... Mahal kan?? Tapi yang jadi sekarang.... Setiap manusia boleh tengok hanya klik-klik di internet FOR FREE!!!... MURAH GILER!! Patut berbangga ker??

Nak kata memang adat kita pakai seksi... Takde la pulak.... Setau aku...baju tradisi kita sangat sopan dan anggun... Nak kata sebab cuaca panas.... Orang lain rilek jer pakai pakaian tutup aurat.... Siap jalan tengah-tengah panas lagi.... yang pakai seksi nie...aku rasa kena panas sikit dah mula menyumpah seranah mengada-ngada kot..... Siap kipas-kipas lagi tak nak bagi keluar setitik peluh pun... Pastu mulut pulak sedap je nak bagi nasihat kat orang ramai pasal susah senang kehidupan di kaca TV...Ibarat duduk di kerusi empuk... nak komen bagaimana rasanya duduk di atas tanah berlumpur....haih...


Apa kelebihan seksi??? Aku tak nampak la... Sebab apa yang aku nampak.....Cuma KEBURUKAN demi KEBURUKAN ade la....Kekurangan demi kekurangan dan kecacatan fakta budaya murahan ade la... Nak kata korang nak jadi ikon atau idola muda mudi... Korang jadi perosak bangsa ada lah... Budak-budak muda dah mula pikirkan seks dan nafsu sejak dari kecik.... Salah satunyer disebabkan cara korang berpakaian jugak...Seksi sampai ke peha.... Buah dada ditonjolkan...Buat muka ala-ala stim...Idola bangsa ek??? Legging pun sama...macam telanjang ajer... Yang bezanya.... bertempek kain di kulit... Tapi bentuk dan figure badan...tak tumpah macam telanjang.. Tak rasa malu ker? Bila ada yang pheeeewit meeewit...kata lelaki gatal.... Kalau yang di pheeeewit tu jenis tutup aurat...Baru la lelaki tu gatal miang tahap gaban.... Kalau dekat yang pakai seksi..... Aku rasa salah korang!!

Apa kelebihan seksi?? Aku tanya sekali lagi nie..... Sebab fesyen sekarang?? Tu jer?? Kalau fesyen zaman sekarang fesyen muslimah bertudung lingkup....Pakai jubah labuh-labuh...Korang nak folo tak?? Tak kan... tepuk dahi tanya diri sendiri la der... Sebab fesyen ke...sebab fikiran corrupted korang tu? Aku rasa... ramai yang agak panas dan geram-geram je nak komen sebagai"Anonymous" dan kutuk kaw-kaw kat aku nie....hihihi.... Aku tanya satu je.... Apa kelebihan pakai seksi?? Nampak comel? Nak suruh nampak kecantikan tubuh badan korang? Sebab fesyen? Atau sebab korang tu cuma menjadi mangsa terpengaruh dengan budaya BARAT??


Bagi aku.... kecantikan seorang wanita bukan terletak pada pakaiannya...pada keseksiannya...mahupun make up nyer..... Tapi kecantikan seorang wanita berpunca dari DALAM.... Keserian wajah terserlah jika HATI korang BERIMAN.... Kulit nampak cantik dan anggun kerana AIR WUDHUK yang selalu membasahi kulit tu.... Wanita tu sangat mendamaikan jika pandai berbudi bahasa dalam kata-kata... Cukup la sekadar berhias secara sederhana... Untuk menyerlahkan lagi kecantikan yang dah wujud di jiwa korang...Itulah WANITA CANTIK...Wanita yang sangat tinggi harga dirinya.... Wanita contoh seantero dunia.... Betapa tinggi nya nilai seorang wanita....Tiada tolok bandingnya..:)


Aku rasa yang pakai seksi nie.... sebenarnya... Depa sangat kurang KECANTIKAN DALAMAN... Depa nie tak menghargai kecantikan yang Tuhan berikan kepada mereka....Depa tak yakin dengan diri sendiri...  U ARE WASTING YOUR OWN BEAUTY.... Sia-sia je.... Depa nie tak faham akan maksud sebenar harga diri....menjadi mangsa fesyen budaya barat yang sebenarnya sangat cemburu dengan fesyen muslimah... Semuanya terserah kat korang.... Korang nak jadi wanita mangsa fesyen....atau wanita yang tinggi darjat dan hargi dirinya....:)

P/S: Ketamadunan tak bermula di Barat.... Ia bermula dari Adam dan Hawa lagi....:)







BIODATA PENUH NEELOFA

Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Nama Manja: Neelofa (bermaksud cahaya bunga biru)
Asal: Pasir Mas, Kelantan 
Tarikh Lahir: 10 Feb 1989
Tinggi: 158cm
Berat: 47kg (berubah mengikut keadaan semasa...he he)
Pendidikan: 5A (UPSR), 8A (PMR), 10A (SPM), A Level (Kolej Damansara Utama), Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, PJ)
Anak ke Berapa: Ke-3 dari 9 adik beradik ( enam perempuan dan dua lelaki)
Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu
Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010, Pelakon Paling popular 20?? ( Mungkin....:D )


MeleTOP Ummi Nazeera Nafi Dakwaan Kahwin Masa Terdekat


                      MeleTOP Ummi Nazeera Nafi Dakwaan Kahwin Masa Terdekat

    Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Nur Kasih menolak andaian sesetengah pihak yang mendakwa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat. Ini berikutan penyebaran foto-foto dirinya bersama seorang jejaka di laman internet baru-baru ini.
Menurut Ummi Nazeera sememangnya dia sedang berkawan rapat dengan jejaka yang dimaksudkan tetapi tidak memikirkan apa-apa lagi tentang perkahwinan. Jejaka yang dikenali dengan nama Aizat ini tersebut adalah seorang senior beliau di universiti dan sudah pun pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya.
Fokus utama Ummi Nazeera kini adalah untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu dan jika ditakdirkan mereka berdua bersama, Ummi Nazeera terima seadanya. Selain itu, dia turut menafikan sudah serik untuk bercinta di kalangan artis sendiri kerana Ummi Nazeera menganggap jika lelaki tersebut berlatar belakang baik, beragama dan berpendidikan sudah memadai untuk dirinya.

MeleTOP Diana Danielle Nafi Larikan Diri Dari Pihak Media


Baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini, pelakon cantik juga isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle menafikan tuduhan  cuba melarikan diri pihak media untuk pengesahan berita kehamilannya itu.
Perkara tersebut berlaku selepas Diana hanya menyebarkan berita kehamilannya menerusi lama sosial sahaja tetapi tidak kepada pihak media. Malah media cuba untuk menghubungi Diana untuk pengesahan lanjut tentang perkara tersebut tetapi tidak dilayan.
Namun menurut laporan pihak Sinar Harian Online, Diana memberitahu dia tidak berniat untuk melarikan diri atau bercerita lanjut tentang perkara tersebut tetapi dia tidak mahu kehamilannya itu disensasikan oleh pihak media.
Secara peribadi Diana memohon agar pihak media tidak salah anggap tentang apa yang berlaku kerana mengakui suka untuk berkongsi kisah peribadi bersama peminat.
Dalam pada itu, sebelum bernikah Diana berniat untuk melanjutkan pelajarannya diluar negara tetapi terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu bagi memastikan dapat memberi tumpuan kepada proses kehamilannya selain tidak bersedia berjauhan bersama suaminya.
Diana Danielle dan Farid Kamil telah melangsungkan majlis pernikahan mereka 3 November lalu di perkarangan tasik Hotel Flamingo dengan dihadiri oleh rakan-rakan artis dan kaum keluarga terdekat

MeleTOP Anzalna Nasir Tidak Kisah Digelar Dumb Blonde?


   Anzalna Nasir Dumb Blonde? Alamak! Serius ke Anzalna Dumb Blonde seperti yang dianggap sesetengah pihak? Sudah pasti mereka diluar sana akan menganggap Anzalna seorang yang berpemikiran cetek dan tidak bijak dalam banyak perkara.
Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, adalah pelakon cantik yang sedang meningkat naik selepas mula dikenali ramai menerusi pencarian Dewi Remaja. Secara peribadi menurut Anzalna, dia tidak kisah jika ada sesetengah pihak mendakwa dirinya sebagai selebriti yang berfikiran cetek atau Dumb Blonde.
Perkara ini sama sekali tidak menjadi masalah atau mengugat kredibiliti Anzalna kerana ianya tidak akan menganggu kehidupan peribadinya langsung.
Malah dia juga mengakui tanggapan tersebut tidak akan mengubah karakternya sebagai seorang yang ceria kerana pada pendapat Anzalna segelintir pihak suka menilai hanya pada luaran tidak secara mendalam atau mengenalinya dengan lebih rapat.